K-AquaLife Hydrogen Water Stick

RM198.00
                             Dihasilkan di Jepun, K-AquaLife Hydrogen Water Stick merupakan sebuah produk canggih yang membolehkan anda mendapatkan air minuman yang kaya-hidrogen bagi membantu melawan oksigen aktif yang dianggap sebagai akibat penuaan dan kebanyakan jenis penyakit.



Add to cart


Bagaimana K-AquaLife Hydrogen Stick Berfungsi untuk Anda?

Air merupakan satu-satunya bahan yang paling penting bagi kehidupan di muka bumi ini. Tanpa air, tidak mungkin akan wujudnya kehidupan. Badan manusia mengandungi 70% air dan ianya dipercayai bahawa dengan meminum air yang sesuai, ianya dapat membantu meningkatkan kesihatan dan jangka hayat anda serta melambatkan proses penuaan.
Terdapat dua jenis air: samada Air Kaya-Hidrogen atau Air Rendah-Hidrogen. Untuk maklumat anda, 99% air yang terdapat di dunia hari ini merupakan Air Rendah-Hidrogen. Penyelidikan perubatan menyatakan bahawa 90% sebab dan akibat kepada kebanyakan jenis penyakit adalah hasil daripada pengumpulan bahan berasid yang dihasilkan oleh spesies oksigen aktif (radikal bebas). Hampir kesemua jenis penyakit (termasuk penuaan) berkait rapat dengan pengoksidaan sel sihat oleh lebihan spesies oksigen reaktif (seperti radikal bebas, spesies oksigen aktif) yang terkandung dalam badan.
Oksigen aktif akan sentiasa dihasilkan dalam badan tidak kira masa ketika bernafas, mengambil aditif makanan, alcohol, merokok, sukan lasak, sinaran ultra-ungu dan lain-lain. Oleh kerana ia mempunyai tindakan pengoksida yang tinggi, ia mengoksidakan tubuh badan. Proses pengoksidaan ini dikatakan dapat mengakibatkan penuaan dan banyak jenis penyakit.
Air Hidrogen K-AquaLife dapat membantu menghapuskan oksigen aktif dengan kandungan hidrogennya yang tinggi. Apabila hidrogen masuk ke dalam badan, ianya diuraikan kepada hidrogen aktif (atom hidrogen) oleh tindakan enzim. Hidrogen aktif ini menguraikan oksigen aktif dalam badan dengan mengikat oksigen aktif dan menukarkannya menjadi air.

Kelebihan meminum Air Hidrogen K-AquaLife:

  • Membantu menghapuskan oksigen aktif dalam badan
  • Saluran pencernaan menjadi lebih efektif
  • Pergerakan usus yang lebih lancar
  • Bau busuk najis dan air kencing berkurangan
  • Baik untuk kesihatan