K-OsteoCal

RM120.00




Serbuk K-OsteoCal mengandungi adunan unik kalsium organik, kolagen laut, multi-vitamin dan multi-mineral. Ia dirumuskan secara mudah disediakan dan kalsium diasimilasikan dan sumber kolagen yang direkomenkan untuk semua orang tidak kira latar belakang.

Add to cart
Di samping itu, produk yang unik ini juga mengandungi bahan-bahan perangsang bagi meningkatkan sistem imuniti dan baik bagi
mengurangkan masalah-masalah berkenaan tulang.



Peranan Penting Kalsium dan Kolagen Kepada Kesihatan Kita
Pengambilan kalsium dan kolagen setiap hari merupakan kunci bagi membantu mencegah dan merawat kekurangan kalsium dan kolagen. Kalsium dan kolagen adalah penting dalam membantu membina dan mengukuhkan tulang-tulang, menguatkan tendon dan tulang rawan kita. Semasa kita mengalami proses penuaan, kita memerlukan kalsium, kolagen dan mineral sebagai makanan tambahan disebabkan oleh ketidakseimbangan pemakanan kita dan badan kita itu tidak lagi menghasilkan kuantiti yang secukupnya untuk badan kita menyembuh dari penyakit. Akibat daripada itu, kesihatan badan kita mula merosot dan ini meningkatkan masalah-masalah kesihatan seperti tulang rapuh dan ketidakselesaan sendi. Oleh itu, ia amat penting bagi menambahkan makanan dengan nutrisi kalsium, kolagen dan mineral.

Mengapa kita perlukan Kalsium dan Kolagen?

Kalsium
Kalsium kebanyakannya didapati dalam tulang-tulang kita. Pemakanan kita dapat membekalkan kalsium untuk kita. Kalsium menyediakan nutrien supaya jantung dan otot-otot kita berfungsi. Tulang-tulang kita sentiasa terhakis pada setiap masa dan digantikan dengan tisu tulang yang baru. Jika kita kekurangan kalsium dalam pemakanan, keperluan kalsium bagi badan berfungsi dengan baik dan ini diambil dari tulang-tulang. Tulang-tulang kita akan mengalami degenerasi jika kalsium tidak diganti semula, maka ini menyebabkan masalah kesihatan seperti tulang-tulang rapuh atau osteoporosis.
Kolagen
Tulang rawan antara sendi-sendi kita kebanyakannya terdiri daripada kolagen. Tulang rawan bertindak sebagai kusyen pelembut semasa pergerakan sendi-sendi. Tulang rawan yang sihat adalah penting bagi melancarkan pergerakan kita.
Kalsium daripada Rumpai Laut
Setelah bertahun lamanya, orang ramai di seluruh dunia telah menemui dan menikmati manfaat-manfaat rumpai laut, sama ada dalam makanan, produk-produk kesihatan atau terapi semula jadi. Rumpai laut amat terkenal dengan sumber kalsium yang kaya dan lain-lain mineral surih yang diperlukan oleh badan.
Rumpai Laut merupakan salah satu tumbuhan yang kaya dengan sumber kalsium. Kalsium daripada K-OsteoCal berasal daripada rumpai laut yang telah dituai.

Mengapa memilih K-OsteoCal?

  1. K-OsteoCal berasal daripada rumpai laut yang menyerap mineral dan nutrien yang perlu di laut.
  2. Ia mengandungi mineral dan kolagen yang banyak dalam membantu membina tulang-tulang, mengekalkan kesihatan sendi-sendi dan meningkatkan penyerapan kalsium.
  3. Ia juga kaya dengan mineral-mineral yang perlu bagi tulang seperti:
    • Magnesium, membantu membina dan menguatkan bahagian tengah tulang-tulang yang lembut di mana mineral-mineral mudah melekat.
    • Ia juga mengandungi Boron yang meningkatkan penyerapan kalsium.
    • Bersama-sama dengan Kuprum dan Zink, mereka memainkan peranan dengan faktor-faktor enzim untuk membina dan pembahagian sel bagi tulang.
  4. Ia mengandungi ‘bioavailability’ yang lebih lebih tinggi dan penyerapan kalsium yang lebih baik daripada kalsium karbonat dan trikalsium fosfat.

Kebaikan K-OsteoCal

  1. Membantu mengekalkan kekuatan tulang-tulang dan kesihatan gigi
  2. Membantu mengurangkan risiko tulang mudah patah
  3. Membantu meningkatkan fungsi sendi-sendi
  4. Membantu mengurangkan risiko kanser kolon (usus)
  5. Mengawal dan menormalkan denyutan jantung
  6. Membantu mengurangkan insomnia
  7. Membantu memetabolismakan zat besi dalam badan kita
  8. Membantu fungsi sistem saraf
  9. Membantu mengawal berat badan
  10. Membantu mencegah darah beku dan membantu pengecutan otot
  11. Menggunakan asid amino sebagai blok-blok binaan untuk protein badan
  12. Membantu memelihara sendi-sendi menjadi sihat